fbpx

Bekas COO didakwa makan suap lebih RM130,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Mustafa ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Seorang bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) syarikat berkaitan minyak dan gas didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan rasuah lebih RM130,000 pada 2017.

Suapan itu bagi melicinkan tuntutan bayaran sebuah syarikat terhadap Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID), Petronas Pengerang, Johor.

Tertuduh, Ahmad Mustaffa Md. Din, 59, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Anita Harun.

Berdasarkan pertuduhan, Ahmad Mustafa yang ketika itu merupakan CCO sebuah syarikat berkaitan minyak dan gas telah menerima suapan RM139,919,43 ke dalam akaun miliknya daripada seorang pengarah syarikat.

Wang rasuah itu sebagai dorongan bagi melicinkan proses tuntutan pembayaran bagi syarikat berkenaan membabitkan kerja-kerja penarikan kabel Projek RAPID Petronas di Pangerang, Johor dengan kesalahan dilakukan pada 26 Disember 2017.

Justeru, dia didakwa mengikut Seksyen 16 (a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama.

Sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Irna Julieza Maaras manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin selain syarat tambahan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri setiap minggu pertama di Pejabat SPRM Negeri Sembilan.

Sebutan semula kes ditetapkan 11 November depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI