fbpx

Banjir Kedah: Jumlah mangsa tinggal 1,639 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk menunjukkan paras banjir yang melanda kawasan rumahnya di Kampung Padang Luar, Jitra pada minggu lalu. Foto oleh SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Seramai 1,639 mangsa daripada 499 keluarga masih ditempatkan di 18 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah terjejas banjir di sini, sehingga pukul 10 pagi ini.

Jumlah mangsa banjir itu terus menunjukkan penurunan berbanding 3,370 orang daripada 1,085 keluarga pada pukul 2.30 petang semalam.

Mengikut data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pendang mencatatkan jumlah mangsa seramai 1,000 orang daripada 283 keluarga, diikuti Kota Setar 605 orang daripada 203 keluarga.

Pokok Sena pula hanya tinggal 34 mangsa daripada 13 keluarga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI