fbpx

Wanita warga emas maut kereta terjunam ke dalam sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta yang terbabas ke dalam sungai dalam kejadian kemalangan maut di jambatan Balok Makmur di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Seorang wanita warga emas maut apabila kereta yang dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam sungai ketika melalui jambatan Balok Makmur di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu turut menyebabkan suami mangsa, Abd Aziz Ahmad, 66, mengalami sesak nafas dan menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, kejadian berlaku ketika pasangan suami isteri yang merupakan pesara berkenaan dalam perjalanan dari arah Balok Makmur menghala ke Seberang Balok di sini.

“Apabila tiba di lokasi kejadian kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas masuk ke dalam sungai.

“Akibat kemalangan tersebut, pemandu kereta meninggal dunia di tempat kejadian, manakala penumpang hadapan di bawa ke HTAA untuk menerima rawatan lanjut,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI