fbpx

[VIDEO] ‘Pemadam api patut ada dalam setiap kereta’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kereta terbakar oleh Sukan Star TV di Facebook.

PETALING JAYA – Sebuah kereta yang dilaporkan terbakar di tepi jalan ketika melalui jalan berbukit ke Genting Highlands telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.

Menerusi perkongsian video di laman Facebook Sukan Star TV – sstv.my kelihatan sebuah kereta model kenderaan sukan utiliti (SUV) yang terletak di bahu jalan sedang dimamah api yang tertumpu di bonet kereta tersebut.

Ramai pengguna media sosial menekankan kepentingan memiliki alat pemadam api dalam kenderaan sebagai langkah keselamatan di ruangan komen hantaran tersebut.

“Sebab itu lah digalakkan setiap kereta ada satu alat pemadam api untuk mengelakkan kebakaran daripada menjadi besar. Tak mahal pun alat pemadam api tu,” komen Zulkefly Zack.

“Sekarang ini pemadam api dah wajib ada dalam kereta. Kerajaan patut bagi subsidi untuk beli pemadam api anti letup ni untuk simpan dalam kereta. Lori, bas bukan nak tolong pun, buat tak nampak je. Padahal lori bas tu wajib ada pemadam api,” ujar Muhd Faris.

Seorang pengguna lain, Boyzeff turut menyeru agar pengilang kereta di Malaysia tidak mengira jenis kereta untuk menyediakan pemadam api agar pembeli tidak perlu dibebankan dengan harga yang mahal.

Sementara itu, seorang lagi pengguna, Hafidz turut menasihati agar memantau suhu enjin semasa memandu perlu menjadi kebiasaan terutamanya ketika memandu di kawasan berbukit seperti Genting kerana kejadian kebakaran boleh berlaku tanpa diduga.

Perbincangan hangat ini jelas menunjukkan keprihatinan orang ramai terhadap langkah keselamatan yang boleh diambil bagi mengelakkan insiden serupa berulang. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI