fbpx

[VIDEO] Lelaki dakwa ada dadah ‘lolipop’ dijual di TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video perkongsian lelaki berkenaan di TikTok.

PETALING JAYA – Seorang lelaki mendakwa terdapat individu yang menjual gula-gula berbentuk ‘lolipop’ dipercayai mengandungi dadah, di TikTok.

Seorang lelaki yang menggunakan nama Daddy rah menerusi satu perkongsian video mendakwa, ibu bapa di Thailand sudah pun diberikan amaran tentang bahaya gula-gula berkenaan.

“Masalah paling besar, bawah umur pun tahu tentang gula-gula ni. Benda ni dadah tau, gula-gula ‘lolipop’. Ibu bapa dekat Thailand dah kena amaran tentang dadah rekreasi dalam bentuk ‘lolipop’ ni.

“Lepas tu ada orang jual dekat TikTok. Kau jual dadah, nanti berurusanlah dengan polis atau AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan) ke,” katanya.

Dalam masa sama, lelaki itu turut menyelar pengendali akaun media sosial berkenaan yang sering menyekat kandungan bermanfaat, namun membenarkan perkongsian sebaliknya.

“Cuma TikTok ni aku tak faham, buat video tentang kesedaran dadah nanti video kena ‘remove’ (keluarkan). Moderator TikTok tolonglah, tak tahu la manusia atau AI (kecerdasan buatan).

“Hantaran macam tu lepas, tapi yang bagi kesedaran kau orang keluarkan, apa benda? Gula-gula tu boleh lepas, memang jahanam,” tegasnya.

Menerusi tinjauan Kosmo! di TikTok, masih terdapat beberapa akaun yang menjual gula-gula dimaksudkan lelaki berkenaan.

Malah, ada dalam kalangan orang ramai yang berminat untuk membeli gula-gula berkenaan untuk anak-anak namun ditegah oleh pembeli lain.

“Beli kat mana? Kongsi ‘link’, nak beri anak aku gula-gula,” kata seorang pengguna.

“Ini dadah, kak,” tegur seorang pengguna yang lain.

“Baru faham kenapa mak kata jangan ambil gula-gula kalau orang bagi,” ujar @mamermix. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI