fbpx

[VIDEO] Fazura, Fattah masing-masing sudah ada peguam syarie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Selebriti Fazura hari ini diwakili peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan manakala suaminya pelakon Fattah Amin diwakili peguam syarie Zulkifli Che Yong.

SHAH ALAM – Selebriti Fazura hari ini diwakili peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan manakala suaminya pelakon Fattah Amin diwakili peguam syarie Zulkifli Che Yong.

Hari ini merupakan prosiding pertama Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, tuntutan cerai yang difailkan terhadap suaminya Fattah Amin atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 33.

Prosiding hari ini berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari.

Fazura tiba di mahkamah kira-kira jam 9.28 pagi dengan mengenakan jubah berwarna putih turut ditemani pengurus peribadinya, Iman Tang sementara Fattah difahamkan tiba kira-kira pukul 9.10 pagi namun terus naik ke mahkamah.

Terdahulu, Fazura memohon untuk bercerai secara baik daripada suaminya mengikut Seksyen mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Dua minggu lalu, media melaporkan Fazura telah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Fattah Amin pagi ini di Mahkamah Syariah Petaling.

Perkara itu telah disahkan sendiri oleh pengurus Fazura iaitu Iman Tang sewaktu dihubungi.

Sebelum ini, status rumah tangga pasangan itu sering menjadi sorotan selepas timbul dakwaan keharmonian mereka diganggu orang ketiga.

Susulan itu, pasangan itu juga sudah lama tidak kelihatan bersama mahupun saling berkongsi foto di mana-mana platform media sosial.

Fazura dan Fattah telah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya, 3. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI