KOTA BHARU – Seorang bapa bersama tiga anak lelakinya yang disyaki pengikut GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) tiba di Mahkamah Majistret di sini hari ini untuk prosiding reman.
Difahamkan, empat beranak itu dibawa ke mahkamah selepas dipercayai terlibat menanam dan membakar pelbagai jenis buku berkaitan ajaran GISBH, Al-Arqam dan Abuya yang dijumpai berhampiran rumah keluarga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISBH di Panji, pada Sabtu lalu.
Mereka berusia antara 15 hingga 48 tahun yang berpakaian biasa tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Bharu kira-kira pukul 8.45 pagi dengan menaiki van polis.
Empat beranak itu dipercayai di cekup di Johor Bahru, Johor semalam sebelum dibawa pulang ke Kota Bharu.- KOSMO! ONLINE