fbpx

Ular sawa 100 kg hampir masuk balai bomba ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menunjukkan ular sawa 100 kg yang ditangkap di BBP Besut hari ini.

BESUT – Seekor ular sawa seberat kira-kira 100 kilogram (kg) yang tersesat hampir memasuki Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut di sini berjaya ditangkap hari ini.

Haiwan reptilia sepanjang hampir 10 meter tersebut berjaya ditangkap sepasukan anggota bomba pada pukul 7.22 pagi.

Ketua BBP Besut, Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata, ular sawa berkenaan ditemui pada kedudukan kira-kira 50 meter dari balai bomba tersebut.

“Ular itu ditemui empat anggota bomba di hadapan rumah penduduk yang terletak berdekatan BBP Besut. Kita percaya ular tersebut keluar dari kawasan semak berhampiran rumah wanita berusia 40-an berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI