fbpx

‘Tolong hentikan teori sendiri, komen negatif tentang kehilangan ayah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar kenangan Suraiya Izzaty ketika menunaikan umrah bersama bapanya, Sabari pada tahun lepas.

BALING – “Tolong hentikan komen-komen negatif dan teori sendiri tentang kehilangan ayah kerana ia sangat mengguris hati kami tiga beradik”

Demikian rayu Suraiya Izzaty, 29, anak sulung kepada pesara Felcra, Sabari Baharom, 62, yang hilang secara misteri sejak 4 September lalu.

Menurut Suraya, perasaan dia dan dua adik ketika ini sensitif dan mudah terguris memandangkan kehilangan bapa mereka masih belum terjawab.

“Ketika ini kami dalam kebimbangan dan kesedihan, selain sangat merindui ayah. Ayah seorang insan yang sangat baik kepada anak-anak, keluarga dan rakan-rakannya.

“Saya mohon agar orang ramai tidak membuat teori sendiri termasuk yang tidak masuk akal kerana ia boleh menimbulkan fitnah. Bagi pengguna media sosial yang tidak pasti dengan sesuatu perkara, saya minta jangan kongsi,” katanya di sini hari ini.

Dia bagaimanapun memohon bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai bapanya agar segera menyalurkannya kepada pihak polis.

“Jika ada maklumat, tolong beritahu polis dan bukannya beri komen menerusi kumpulan WhatsApp, Facebook mahupun Tik Tok. Salurkan kepada pihak polis supaya siasatan lanjut boleh dilakukan untuk mengesan ayah,” ujarnya. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI