fbpx

Semua sekolah, universiti ditutup di Lebanon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEBERAPA orang memeriksa lokasi serangan Israel di Jiyeh hari ini. - Foto AFP

BEIRUT – Semua jenis sekolah termasuk universiti ditutup sehingga akhir minggu ini ketika beribu-ribu penduduk meninggalkan rumah mereka ekoran serangan udara tentera Israel di Lebanon, lapor agensi berita Anadolu semalam.

Menteri Pendidikan, Abbas​​ Halabi berkata, penutupan itu adalah kerana sekolah-sekolah tersebut dijadikan tempat perlindungan sementara penduduk yang terjejas akibat serangan Rejim Zionis.

“Penutupan sekolah, sekolah menengah dan institut vokasional awam serta swasta akan dilanjutkan sehingga akhir minggu ini di Nabatieh, Bekaa, Baalbek-Hermel dan di pinggir bandar selatan.

“Penggantungan kelas juga akan dilanjutkan di Wilayah Utara dan Akkar, Beirut dan Gunung Lebanon,” katanya dalam satu kenyataan.

Halabi berkata, penggantungan itu yang termasuk Universiti Lebanon dan institusi pengajian tinggi swasta akan berakhir sehingga akhir minggu ini.

Beliau juga mengeluarkan arahan untuk membuka bangunan sekolah awam dan menengah bagi menampung bilangan penduduk yang terjejas akibat serangan Israel untuk berlindung.

Menteri Kesihatan Lebanon, Firas Abiad juga memutuskan untuk menutup semua pusat jagaan kanak-kanak di seluruh negara itu sehingga akhir minggu ini.

Tentera Israel telah melancarkan gelombang serangan udara maut ke atas Lebanon sejak awal kelmarin yang telah membunuh lebih 560 mangsa termasuk 95 wanita dan 50 kanak-kanak. Ia turut mencederakan seramai 1,835 lagi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI