fbpx

Sedang khusyuk tonton wayang, tiba-tiba dipatuk ular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kornphaphiporn menunjukkan kakinya yang dipatuk ular semasa menonton wayang bersama keluarganya. - KomChad Luek

BANGKOK – Seorang wanita menuntut pampasan sewajarnya daripada pengurusan sebuah pawagam di Rama II, Bangkok selepas mendakwa bahawa dia dipatuk ular ketika menonton wayang, lapor portal berita Thaiger semalam. 

Kornphaphiporn Poka-imsin, 27, hanya menerima pampasan sebanyak 6,990 baht (RM880) selepas membelanjakan kira-kira 25,000 baht (RM3,100) untuk perubatan. 

“Pihak pawagam percaya bahawa haiwan tersebut adalah tikus dan bukannya ular,” kata Kornphaphiporn. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 5 petang (waktu tempatan) pada 31 Julai lalu. 

Menurut Kornphaphiporn, dia hanya memakai selipar semasa kejadian dan merasakan sesuatu bergerak di atas kakinya sebelum dipatuk. 

Bimbang dengan kesan patukan itu, dia nekad mendapatkan pemeriksaan lanjut di hospital berdekatan dan menerima suntikan tetanus. 

“Pasukan perubatan mengesahkan saya dipatuk ular tetapi mereka tidak dapat mengenal pasti spesies itu, menyebabkan saya tidak menerima rawatan antiracun.

“Jumlah kos perubatan adalah 25,000 baht dan saya meminta pihak pawagam untuk menampung perbelanjaan tersebut tetapi mereka menolak,” tambahnya. 

Dia turut membawa resit ke pawagam tersebut tetapi pampasan yang diberi tidak mencukupi. 

Susulan itu, mangsa memutuskan untuk berkongsi kisahnya dengan orang ramai bagi mendapatkan keadilan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI