fbpx

Raphael Varane ucapkan ‘sayonara’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raphael Varane pernah mewakili Manchester United pada musim 2021 hingga 2024.

PARIS – Bekas tonggak pertahanan Perancis, Raphael Varane mengesahkan persaraan secara rasmi selepas mengalami kecederaan lutut yang serius pada bulan lalu.

Varane yang berusia 31 tahun telah membuat 93 penampilan untuk Perancis bermula tahun 2013 hingga 2022 termasuk memastikan Les Bleus menjuarai Piala Dunia edisi 2018.

Varane memulakan kariernya bersama kelab Lens sebelum menyertai Real Madrid pada 2011 sebelum membantu Galacticos menjuarai empat trofi Liga Juara-Juara Eropah.

Kemudian, Varane menyertai Manchester United pada 2021 dan membantu The Red Devils bergelar juara Piala Liga EFL pada edisi 2023 dan Piala FA 2024.

Varane yang berhijrah ke kelab Serie A, Como pada Ogos lepas mengalami kecederaan lutut pada penampilan pertamanya sekali gus terpaksa berehat panjang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI