fbpx

MOTAC akan jawab isu daftar masuk hotel pukul 4 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar dari hantaran oleh Zafri Halim di TikTok

PUTRAJAYA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan memberi makluman lanjut berhubung isu daftar masuk hotel dan inap desa pada pukul 4 petang.

Jurucakap Kerajaan, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan mengambil maklum mengenai keluhan rakyat di media sosial berhubung perkara itu.

“Walaupun isu ini tidak dibincangkan di dalam mesyuarat hari ini, saya akan panjangkan isu ini kepada MOTAC,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Sebelum ini, tular tindakan sesetengah hotel yang menetapkan waktu daftar masuk ke premis mereka bermula 4 petang dan keluar pada pukul 11 pagi.

Tindakan itu mencetuskan perbincangan netizen yang rata-ratanya merasakan tidak adil untuk pelanggan kerana tempoh penginapan yang diberikan agak singkat.

Ada yang mengatakan bukan sahaja hotel yang menetapkan seperti itu, malah beberapa inap desa turut bertindak sedemikian.

Lebih malang lagi, ada pelanggan dikenakan caj tambahan jika terlewat daftar keluar walaupun lewat kemasukan akibat menunggu ketersediaan bilik.

Sementara itu, Presiden Persatuan Hotel Bajet dan Perniagaan Malaysia (MyBHA), Dr. Sri Ganesh Michiel menjelaskan pemilik hotel dan inap desa bebas menetapkan masa daftar masuk kerana ia tidak termaktub di dalam undang-undang perhotelan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI