fbpx

Minyak masak Nice Day ditanda ‘non halal’ akibat salah faham – Jakim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Isu tular pek bungkusan minyak masak jenama Nice Day ditandakan dengan perkataan ‘non halal’ mungkin disebabkan salah faham antara pihak pengeluar dengan premis yang menjual produk tersebut.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam satu kenyataan berkata, Seksyen Penguatkuasaan Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah melakukan pemeriksaan di syarikat berkenaan di Balakong, Selangor sebelum ini.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati bahawa tiada tulisan ‘non halal’ ditemui pada pek pembungkusan minyak masak tersebut

*Situasi tersebut berkemungkinan berlaku akibat salah faham antara pihak pengeluar dengan premis yang menjual produk ketika produk tersebut tiada Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah,” kata kenyataan itu hari ini.

Penjelasan Jakim berhubung isu minyak masak jenama Nice Day didakwa tidak halal.

Menurut Jakim, produk minyak masak jenama Nice Day keluaran syarikat Sin Hock Soon Edible Oil Sdn. Bhd. itu bagaimanapun telah mempunyai SPHM yang sah berkuat kuasa 16 Mac 2024 selepas SPHM terdahulu tamat tempoh pada Disember 2022.

Terdahulu, Jakim memaklumkan, Bahagian Pengurusan Halal Jakim menerima banyak pertanyaan melalui aplikasi WhatsApp dan media sosial berkaitan satu hantaran memaparkan gambar minyak masak jenama Nice Day ditandakan dengan perkataan ‘non halal’ – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI