SINGAPURA – Sebuah iklan menawarkan gaji sebanyak SG$6,000 (RM19,000) untuk tutor bahasa Inggeris bagi mengajar seorang kanak-kanak berusia lapan tahun di Singapura, lapor laman berita Asiaone hari ini.
Gaji itu disertakan dengan makanan yang disediakan dan potensi cuti bergaji sehingga tiga bulan, demikian menurut iklan tersebut di internet.
Khidmat tutorial bergaji besar itu menyebabkan seorang pengguna TikTok, Linglingd0ng berkongsikan mengenainya di laman sosial kerana berasa sukar untuk mempercayainya.
“Pelanggan sedang mencari tutor untuk mengajar kanak-kanak berumur lapan tahun membuat kerja rumah terutamanya dalam bahasa Inggeris. Tutor perlu mempunyai kemahiran dwibahasa iaitu bahasa Inggeris dan Cina,” kata iklan itu.
Bagaimanapun, iklan jawatan kosong itu tidak lagi ditemui semalam selepas ia mula dimuat naik baru-baru ini. – AGENSI