fbpx

Lubang benam sedalam satu meter ‘muncul’ di KLIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian lubang benam sedalam satu meter yang dilaporkan berlaku berhampiran Kompleks Bunga Raya di KLIA hari ini.

SEPANG- Lubang benam sedalam satu meter dilaporkan berlaku di jalan masuk Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Menurut Jabatan Kerja Raya (JKR) Sepang, kejadian itu berlaku di kawasan berturap di antara pintu masuk dan keluar Kompleks Bunga Raya di KLIA Terminal 1.

Katanya, kedalaman lubang benam itu dianggarkan sedalam satu meter dan status jalan itu boleh dilalui oleh semua kenderaan.

“Pemeriksaan mendapati terdapat satu ‘manhole’ kumbahan milik KLIA yang berada berhampiran kawasan lubang benam yang mana kebocoran paip kumbahan disyaki menjadi punca kejadian,” katanya hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, kejadian itu telah dimaklumkan kepada pihak Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB).

“Laporan terperinci akan dikeluarkan oleh pihak MAHB setelah selesai siasatan dibuat dan kami
akan memberikan bantuan sekiranya diperlukan oleh mereka,” katanya.

Pada masa sama, Kosmo! juga sedang mendapatkan perincian terkini daripada MAHB berhubung kejadian berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI