fbpx

LKIM sedia 1,500 tan metrik stok penimbal ikan musim tengkujuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Faiz (dua dari kanan) menyerahkan bantuan peralatan menangkap ikan kepada nelayan Besut di Kompleks LKIM Kuala Besut hari ini.

BESUT – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah membuat persiapan menyimpan 1,500 tan metrik ikan sejuk beku sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula pada hujung bulan depan.

Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil berkata, simpanan tersebut merupakan stok penimbal bagi memastikan bekalan ikan sentiasa mencukupi sepanjang musim tengkujuh kelak.

“Stok-stok ikan rakyat seperti selayang, aya, selar dan kembung itu sudah disimpan ke peti-peti sejuk persatuan nelayan kawasan (PNK) terpilih di seluruh negara.

“PNK Besut misalnya sudah memiliki 150 tan ikan sejuk beku yang akan dikeluarkan untuk dipasarkan pada musim tengkujuh ini,” katanya selepas menyempurnakan majlis pecah tanah pembesaran kilang ais di Kompleks LKIM Kuala Besut di sini hari ini.

Pada majlis sama, beliau turut menyumbang bantuan peralatan menangkap ikan kepada nelayan tempatan berkelayakan.

Muhammad Faiz berkata, musim tengkujuh yang bakal tiba ini tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk menaikkan harga ikan di pasaran.

Jelas beliau, kekurangan bekalan ikan tidak sepatutnya menjadi isu sepanjang musim tengkujuh kerana selain stok penimbal, sebahagian nelayan terutama di Pantai Barat turut masih boleh turun ke laut.

“Syarikat-syarikat pembekal ikan turut mengeksport bekalan pada waktu itu. Sehubungan itu, bekalan ikan untuk pasaran tempatan tidak akan putus sepanjang tempoh MTL.

“Saya tekankan jangan naikkan harga ikan di semua peringkat sewenang-wenangnya pada musim tengkujuh,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI