fbpx

Kes tembak Rawang: Seorang mangsa culik diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan suspek yang ditembak mati dalam kejadian di Kampung Baru Kundang, Rawang, Gombak, awal pagi tadi.

GOMBAK – Polis mengesahkan turut menyelamatkan seorang lelaki warga asing disyaki menjadi mangsa culik suspek yang ditembak di Kampung Baru Kundang, Rawang, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek telah menculik lelaki warga Indonesia itu di Kuala Lumpur.

“Berdasarkan siasatan, mangsa dipercayai diculik di kawasan Salak South, Cheras.

“Kami menyelamatkan mangsa ketika operasi di Kundang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang penjenyah miliki 26 kes jenayah lampau disyaki aktif melakukan pecah rumah ditembak mati di Kampung Baru Kundang, Rawang, di sini, awal pagi tadi.

Kejadian pada pukul 1.15 pagi itu berlaku apabila sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menjalankan risikan maklumat bagi mengesan suspek yang terlibat dalam kes pecah kedai di kawasan Damansara.

Setibanya di lokasi kejadian, mereka terserempak dengan sebuah kenderaan jenis Nissan Grand Livina yang dipandu oleh suspek berkait kes yang disiasat.

Dalam kejadian tersebut, suspek enggan memberhentikan kereta lalu bertindak mengundur secara laju dan sangat merbahaya lalu merempuh kenderaan milik pasukan polis termasuk milik orang awam yang berada di tempat kejadian.

Ekoran daripada itu, pihak polis melepaskan beberapa das tembakan untuk mempertahankan diri ke arah kenderaan suspek dan mengakibatkan kereta yang dipandu suspek terbabas.

Suspek yang terkena tembakan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Siasatan mendapati suspek merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia lewat 30-an dan mempunyai 26 rekod jenayah lampau membabitkan jenayah (17) dan jenayah narkotik (9).

Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu mencuba membunuh orang.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI