KOTA BHARU – Seorang bapa bersama tiga anak lelakinya yang disyaki pengikut GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kes membakar dan menanam pelbagai jenis buku berkaitan ajaran GISBH, Al-Arqam dan Abuya berhampiran rumah keluarga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat itu di Panji, pada Sabtu lalu.
Perintah tahanan reman bermula hari ini hingga Jumaat terhadap kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 15 hingga 48 tahun itu dikeluarkan dikeluarkan oleh Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri.
Tahanan reman itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 8 (2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.-KOSMO! ONLINE