fbpx

Kapal Tentera Laut AS rosak dalam misi di Asia Barat 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
USNS Big Horn (T-AO 198) menjalankan pengisian bahan api di laut bersama kapal pengangkut pesawat pada 10 Julai lalu. - Tentera Laut AS

WASHINGTON – Sebuah kapal tangki Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) yang dikerahkan ke rantau Asia Barat mengalami kerosakan, manakala insiden itu masih dalam siasatan, lapor saluran berita CNN semalam. 

Menurut seorang pegawai Tentera Laut, kapal USNS Big Horn mengalami kerosakan selepas ia  mengisi minyak pada beberapa kapal lain yang beroperasi di rantau berkenaan.

Ia termasuk kapal pengangkut pesawat, USS Abraham Lincoln dan beberapa kapal pemusnah peluru berpandu. 

Pegawai Tentera Laut bagaimanapun tidak menyatakan lokasi kejadian itu berlaku atau jenis kerosakan yang dialami.

Kumpulan penyerang kapal induk USS Abraham Lincoln beroperasi di sekitar Teluk Oman dalam usaha untuk menghantar mesej pencegahan kepada Iran.

“USNS Big Horn dibawa ke pelabuhan berdekatan agar kerosakan boleh disiasat lebih lanjut dan pembaikan boleh dilakukan. 

“Masih terlalu awal untuk membuat spekulasi mengenai punca kerosakan. Semua anak kapal selamat dan Armada Ke-5 AS, yang mengawal operasi Tentera Laut di Asia barat sedang menilai keadaan tersebut,” tambah pegawai itu.

Kapal tangki seperti USNS Big Horn menyediakan bahan api kepada kapal Tentera Laut AS semasa penempatan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI