fbpx

Kanak-kanak GISBH berdepan isu kesihatan mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lukanisman bercakap pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Farmasi Sedunia 2024 Peringkat Kebangsaan dan Pelancaran Inisiatif MyMediSAFE di Marina Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA- Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti ada kanak-kanak yang diselamatkan daripada rumah amal kendalian GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) berdepan isu kesihatan mental dipercayai akibat trauma dihadapi.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni, ketika ini, KKM telah menyediakan bantuan rawatan diperlukan termasuk sistem sokongan kesihatan mental.

“Kita mengenal pasti beberapa isu masalah mental dalam kalangan kanak-kanak yang diselamatkan dan kita akan beri maklumat itu secara terperinci kerana ketika ini masih lagi dalam operasi menyelamatkan kanak-kanak GISBH di seluruh negara.

“Diakui memang ada kanak-kanak itu yang memerlukan sistem sokongan kesihatan mental kerana mereka dipisahkan daripada keluarga dan ada yang tidak tahu keadaan sebenar (yang terjadi) kepada diri mereka.

“Jadi, ini adalah proses yang kita serahkan kepada semua pakar-pakar (psikologi) yang dihantar ke Pulapol (Kuala Lumpur),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Farmasi Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024 dan Pelancaran Inisiatif MyMediSAFE di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI