fbpx

‘Kalau kena kompromi, tak ada makna saya jadi PM’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar pada Forum Ilmuan Malaysia Madani di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto oleh AMIR KHALID / KOSMO!

KUALA LUMPUR – “Saya bertekad, saya takkan mengalah,” itu ketegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu berkait dengan GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH).

Bahkan Anwar turut menegaskan bahawa, beliau tidak akan sesekali ‘beri muka’ terhadap perkara tersebut.

“Kalau itu kena kompromi, tak ada makna saya jadi Perdana Menteri,” katanya pada Forum Ilmuan Malaysia Madani ‘Peralihan Tenaga Untuk Kesejahteraan Masa Depan Negara’ di sini, hari ini.

Hari ini Kosmo! melaporkan polis telah memperoleh lanjutan reman bagi siasatan terhadap ahli GISBH berkait Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 selama empat hari bermula hari ini sehingga 29 September ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, ia melibatkan 24 ahli termasuk individu yang memegang jawatan tertinggi GISBH.

Berdasarkan kepada keterangan diperoleh, sebanyak 34 tahanan telah selesai menjalani tempoh reman dan akan ditangkap semula di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) manakala seramai 126 orang tahanan dibebaskan dengan jaminan setelah selesai tempoh reman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI