fbpx

Hujan lebat, angin kencang di Sabah, Sarawak pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Sabah dan Sarawak sehingga pukul 10 pagi ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan di laman Facebooknya memaklumkan, di Sarawak, ia melibatkan daerah Serian, Samarahan, Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), Bintulu dan Miri (Subis dan Miri).

Sementara itu di Sabah, ia meliputi kawasan Tawau, Semporna, Sandakan dan Beluran.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam (mm/jam)yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI