fbpx

Hidangan udang kara pakai mahkota dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UDANG kara memakai mahkota di sebuah restoran. - Foto Media Sosial/The Korea Times

SEOUL – Sebuah restoran di daerah Jongno, tengah Seoul mendapat kritikan selepas satu rakaman video memaparkan imej seekor udang kara yang sudah dipotong-potong tetapi terdapat mahkota diletakkan di bahagian kepalanya, lapor akhbar The Korea Times semalam.

Dalam video itu, udang tersebut dilihat masih menggerakkan penyepitnya di atas pinggan.

Selain mahkota, setiap penyepit udang itu turut dihiasi dengan sekeping kertas gelap dan sekuntum bunga. 

Video yang disiarkan oleh seorang peserta sebuah program realiti yang popular itu menjadi tular dengan pantas di laman sosial.

Walaupun sebilangan netizen menganggap video itu lucu, namun majoriti daripadanya mengecam perbuatan tersebut.

“Ini adalah pencabulan maruah hidup. Bagaimanakah mereka boleh meletakkan mahkota pada udang kara yang menggeliat kesakitan dan menganggap ia menghiburkan?” soal seorang netizen. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI