fbpx

Hadiah perpisahan daripada Ricciardo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RICCIARDO menganggap kejayaan mencatat masa terpantas GP Singapura di Litar Marina Bay pada Ahad lalu menjadi kenangan terindahnya. - AFP

SINGAPURA – Pemandu Red Bull, Daniel Ricciardo mendedahkan Grand Prix (GP) Singapura adalah perlumbaan terakhirnya dalam Formula Satu (F1) sambil mengakui masa depannya dalam sukan tersebut masih lagi tidak menentu.

Ricciardo menganggap catatan terpantas dilakukannya di Litar Marina Bay pada Ahad lalu sebagai hadiah perpisahan terbaiknya buat arena permotoran tersebut.

Biarpun dipilih sebagai pemandu terbaik oleh penonton global, namun Ricciardo hanya mampu menamatkan perlumbaan di tempat ke-18 iaitu satu keputusan yang jauh daripada harapannya.

“Mungkin, mungkin ya. Jika ini benar, saya anggap ini cara yang baik (catata terpantas) untuk mengucapkan selamat tinggal. Saya tidak pasti apa rancangan seterusnya, tetapi mungkin saya mempunyai gambaran yang jelas,” katanya.

Dalam masa sama, Ricciardo tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya dengan keputusan perlumbaan di Singapura, namun tetap berpandangan positif mengenai kariernya dalam F1.

“Saya telah memberikan yang terbaik. Katakanlah pengakhiran dongeng ini tidak berlaku, tetapi saya juga harus melihat kembali apa yang telah dicapai. Tiga belas tahun atau lebih dan saya berbangga,” tambahnya.

Pusingan terpantas yang dicatatkannya di Singapura itu merupakan kali ke-17 dalam kariernya, namun kali pertama sejak 2021 ketika dia berlumba bersama Lando Norris di McLaren.

Sepanjang lebih satu dekad dalam F1, Ricciardo telah memenangi lapan perlumbaan dan membina reputasi sebagai salah seorang pemandu paling berbakat dan popular di paddock, bukan kerana kemahirannya di atas trek tetapi juga keperibadiannya yang disenangi ramai.

Pemandu Australia itu dijangka digugurkan daripada pasukan Visa Cash App Red Bull (VCARB) dan digantikan oleh pelumba simpanan, Liam Lawson dari New Zealand untuk perlumbaan seterusnya di Austin, Texas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI