fbpx

GISBH punya pasal, GIBS Eco kena tempias

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenyataan penafian yang dikeluarkan oleh syarikat berkenaan di Facebook.

PETALING JAYA – Wakil sebuah pertubuhan dan syarikat tampil menjelaskan bahawa mereka tiada kaitan langsung dengan GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH).

Kekeliruan timbul dalam kalangan orang ramai berikutan kedua-dua syarikat terbabit menggunakan akronim yang hampir serupa jika dilihat sekali imbas.

Katanya, GIBS adalah Gabungan Profesional Dan Usahawan Bumiputera Anak Selangor iaitu persatuan berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (Selangor), dan tidak merujuk kepada mana-mana entiti atau organisasi lain.

“GIBS dan GIBS Ecotourism Resort Sdn Bhd (GIBS Eco) ingin memaklumkan kepada semua pelanggan, pengunjung dan orang ramai bahawa kami tidak berkaitan dengan GISBH yang berbeza nama singkatan.

“Kami harap dengan penjelasan ini, sebarang kekeliruan dapat dielakkan. Terima kasih diatas kepercayaan dan sokongan anda,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Penafian berkenaan menerima pelbagai reaksi orang ramai yang bukan sahaja terhibur, malah turut ‘membantu’ syarikat berkenaan membuat pencerahan.

“Aku baru balik berkhemah kat Batang Kali. Lalu kat GIBS tu, bini tanya ni ke GISBH tu? Bukan!,” kongsi Chez Hamdan.

“Saya sedang bermalam di GIBS sekarang. Tiada tanda-tanda kesesatan di sini melainkan air jernih sungai yang memberi ketagihan,” kongsi Raja Azlan Putra

“Akhirnya, tertunggu-tunggu kenyataan ni. Ramai yang terkeliru,” ujar Ren Lina. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI