fbpx

Geiser jernih bertukar warna angkara pengunjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kolam Morning Glory bertukar warna akibat tercemar dengan pelbagai barangan yang dilempar pengunjung Taman Negara Yellowstone. - Perkhidmatan Taman Negara/Stock Adobe

WASHINGTON – Sebuah kolam air panas jernih bertukar menjadi warna oren, hijau dan biru akibat perbuatan pelancong yang berkunjung ke Taman Negara Yellowstone, negeri Montana, lapor akhbar Daily Mail.

Tarikan dikenali sebagai Kolam Morning Glory itu sebelum ini mempunyai air biru jernih sehingga pelancong merosakkan keindahannya.

Kini, geiser atau kolam air panas semula jadi di Upper Geyser Basin itu bertukar warna selepas pelancong kerap membaling sampah, duit syiling, batu dan kayu ke dalamnya sejak bertahun-tahun lalu.

Seorang pakar sejarah Taman Negara Yellowstone, Alicia Murphy memberitahu akhbar Cowboy State Daily: “Ramai orang suka membuang barang ke dalam kolam itu. Ada sesuatu tentang kolam air itu yang memberikan manusia naluri aneh untuk membuang sesuatu ke dalamnya.”

Taman Negara Yellowstone yang terletak sebahagian besarnya di negeri Wyoming serta beberapa bahagian di Idaho dan Montana, menempatkan lebih 500 geiser. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI