fbpx

Gara-gara ungkit hutang lama, pemilik bengkel cedera dilibas pisau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ditahan polis selepas mencederakan pemilik sebuah bengkel motosikal di Kampung Permatang Kerat Telunjuk di Bandar Baharu semalam.

BANDAR BAHARU – Seorang pemilik bengkel motosikal cedera pada leher akibat dilibas pisau oleh seorang pelanggannya gara-gara mengungkit hutang lama sebanyak RM100 dalam kejadian di Kampung Permatang Kerat Telunjuk, di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 7 malam itu, lelaki berusia 44 tahun terbabit dibawa ke Hospital Taiping untuk mendapatkan rawatan manakala suspek lelaki berusia 19 tahun yang bekerja sebagai buruh berjaya ditahan orang awam di lokasi kejadian sebelum diserahkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superintendan Azmi Mokhtar berkata, pemilik bengkel yang cedera pada jari dan tangan kanan dilaporkan dalam keadaan stabil dan dirawat di Hospital Taiping.

“Suspek ada berhutang sebanyak RM100 dengan mangsa dan pada hari kejadian suspek menghantar sebuah motosikal untuk dibaiki di bengkel mangsa.

“Namun, mangsa dikatakan mengungkit hutang lama yang masih belum dibayar sebelum berlaku pertengkaran sebelum berlarutan kepada pergaduhan,” ujarnya di sini hari ini.

Tambahnya, suspek kemudian mengambil sebilah pisau di bengkel tersebut lalu menghayunkan ke arah mangsa dan terkena pada leher. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI