fbpx

Enam tahun Zaharah terlantar atas katil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Saidah (tengah) sentiasa tabah menguruskan ibu mentuanya, Zaharah yang terlantar sakit di rumah mereka di Kampung Sungai Lik, Lipis baru-baru ini.

LIPIS – Seorang wanita warga emas kini hanya bergantung kepada ihsan anak, menantu dan cucu-cucunya memandangkan dia tidak lagi mampu menguruskan diri selepas terlantar di atas katil sejak enam tahun lalu.

Penderitaan yang dialami Zaharah Ismail, 80, dari Kampung Sungai Lik itu bermula selepas warga emas itu terjatuh dari kawasan berbukit ketika keluar menoreh getah.

Susulan itu, segala keperluan hidup Zaharah seperti makan, minum dan mandi diuruskan oleh anaknya.

Anak lelaki Zaharah, Wan Mohd. Noor Wan Ya, 56, berkata, setiap hari dia bersama isteri, Wan Saidah Ismail, 44, perlu menguruskan ibunya sebelum keluar menoreh getah.

“Selepas menghantar anak bongsu ke sekolah, saya akan pulang ke rumah untuk mandikan emak dan memberinya makan.

“Kemudian saya bersama isteri akan keluar menoreh getah di kebun milik penduduk kampung.

“Setelah selesai saya akan balik ke rumah sekitar pukul 10 pagi. Saya tidak boleh membuat kerja di luar terlalu lama kerana bimbang memikirkan emak yang uzur di rumah,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Sungai Lik, Kerambit di sini baru-baru ini.

Wan Mohd. Noor berkata, ha­sil pendapatannya sebagai penoreh getah hanya sekitar RM900 sebulan.

“Ikutkan RM900 memang tidak cukup kerana saya perlu menanggung keluarga termasuk dua anak yang masih belajar,” katanya.

Menurutnya lagi, mereka tetap bersyukur apabila ibunya mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 dan wang ber­kenaan digunakan untuk membeli lampin pakai buang.

“Kehidupan saya sekeluarga ibarat kais pagi, makan pagi. Kalau dapat makan lauk ayam se­minggu sekali pun dah syukur.

“Biasanya kami anak-beranak hanya makan pucuk paku atau nangka sebab itu sahaja yang mudah diperoleh,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Mohd Noor di talian 019-798 1729 atau menyalurkan sumbangan ke akaun Agrobank miliknya iaitu 2006111000219509.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI