fbpx

EFL: Nunez ketuai skuad ‘simpanan’ Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUNEZ menjadi sandaran mengetuai jentera serangan Liverpool berdasarkan aksi cemerlang menentang Bournemouth pada Sabtu lalu. - AFP

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Arne Slot dijangka melakukan rombakan besar terhadap kesebelasan utama pasukan menjelang aksi pusingan ketiga Piala Liga Inggeris (EFL) menentang West Ham United di Anfield awal pagi esok.

Ia sebagai langkah untuk memberi rehat kepada pemain-pemain utama selepas mereka baru sahaja beraksi ketika menewaskan Bournemouth 3-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu lalu.

Bagaimanapun, penyerang, Darwin Nunez dijangka mengetuai jentera serangan The Reds ketika berdepan West Ham selepas Slot memberi gambaran untuk menurunkan pemain antarabangsa Uruguay itu.

“Dia (Nunez) menunjukkan aksi yang cukup baik ketika Bournemouth baru-baru ini, jadi dia mungkin boleh ulang prestasi itu Rabu nanti (awal pagi esok). Bagaimanapun, kita tunggu dan lihat terlebih dahulu,” katanya.

Meskipun saingan EFL tidak dianggap begitu penting buat Liverpool pada saingan musim ini, namun mereka tetap memasang impian untuk cuba mempertahankan kejuaraan yang dimenangi ketika di berada bawah bimbingan Jurgen Klopp.

Selain Nunez, seorang lagi pemain yang mungkin dikekalkan dalam kesebelasan utama adalah penjaga gol, Caoimhin Kelleher memandangkan pilihan utama, Alisson Becker masih dibelenggu kecederaan.

Dalam pada itu, beberapa lagi pemain bakal mendapat minit permainan ketika melayan kunjungan The Hammers nanti termasuk Conor Bradley, Kostas Tsimikas, Joe Gomez serta pemain yang semakin dipinggirkan, Wataru Endo. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI