fbpx

Dua beradik hilang dihanyutkan kepala air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua beradik terdiri seorang kanak-kanak perempuan serta adik lelakinya dilaporkan hilang ekoran dihanyutkan kepala air dalam kejadian di Sungai Talangkai Karamatoi Ulu, Sook semalam. -Foto IHSAN POLIS

KENINGAU – Dua beradik terdiri seorang kanak-kanak perempuan serta adik lelakinya dilaporkan hilang ekoran dihanyutkan kepala air dalam kejadian di Sungai Talangkai Karamatoi Ulu, Sook semalam.

Dalam kejadian pukul 5 petang itu, mangsa warga Indonesia, Norsifah Asrul berusia tiga tahun dan adiknya, Muhd Fadli Asrul berumur tiga bulan dikatakan terlepas daripada pegangan ibu bapa mereka ketika fenomena terbabit menghanyutkan rumah kongsi yang didiami mangsa sekeluarga.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Anak Garai, berkata mangsa sekeluarga berada di ruang tamu rumah kongsi ladang sawit tempat bapa mangsa bekerja yang terletak kira-kira 20 meter dari sungai.

“Sebelum dihanyutkan kepala air, bapa mangsa sempat meninjau di luar selepas terdengar teriakan pekerja lain di luar rumah mengatakan berlaku kejadian ‘gempa’.

“Namun, secara tiba-tiba, kepala air terus menerjah rumah mereka tetapi bapa mangsa dikatakan sempat masuk semula ke dalam rumah dan ketika itu ibu mangsa sedang memegang bayi (Muhd Fadli), manakala bapanya memegang Norsifah.

“Bagaimanapun, kedua-dua mangsa terlepas dari pegangan kedua-dua ibu bapanya selepas kediaman mereka dirempuh kayu balak yang turut dihanyutkan kepala air dan banjir,” katanya ketika dihubungi hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI