fbpx

Britain kerah tentera bawa pulang rakyat di Lebanon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEJUMLAH orang meninggalkan timur Lebanon melalui Lintasan Masnaa. - Foto AFP

LONDON – Penduduk Britain digesa meninggalkan Lebanon dengan serta-merta ketika serangan Israel terus menggegarkan negara itu, lapor portal berita MailOnline semalam.

Perdana Menteri, Sir Keir Starmer yang memberi amaran keras berkata, rakyat negaranya perlu melarikan diri dari konflik dengan Hezbollah.

Katanya, mereka perlu berbuat demikian ketika London meningkatkan rancangan kontingensi untuk pemindahan penduduknya secara terdesak.

Beratus-ratus askar komando Marin Diraja, anggota tentera laut dan jurutera tempur telah dikerahkan ke Mediterranean semalaman sebagai sebahagian daripada usaha menyelamat sehingga 10,000 warga Britain.

Satu pasukan terdiri daripada 700 orang telah dikerahkan ke rantau itu selepas menerima kelulusan dari Downing Street mengenai rancangan pemindahan warga Britain yang disediakan oleh Kementerian Pertahanan.

Misi dinamakan Operasi Meteorik menyaksikan anggota-anggota komando melakukan pendaratan di pantai Lebanon dengan warga Britain diiring menaiki kapal tentera.

Sementara itu, Pejabat Luar Britain turut mengulangi amaran untuk warganegaranya meninggalkan Lebanon dengan segera dalam satu kenyataan yang dikongsi lewat semalam.

Ia turut menasihati warga Britain supaya tidak pergi ke Lebanon kerana situasi yang terus merosot dengan cepat serta akibat yang dahsyat.

Sebelum ini, beberapa syarikat penerbangan komersial termasuk British Airways telah pun membatalkan penerbangan ke dan dari rantau itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI