fbpx

Bodyguard Atta Halilintar ugut nak culik wartawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ATTA dan isterinya Aurel.

AKIBAT mulut badan menanggung sengsara. Itu yang berlaku kepada seorang pengawal keselamatan pempengaruh popular Indonesia, Atta Halilintar yang bersikap angkuh kepada petugas media ketika majikannya membuat laporan polis di Jakarta Selatan berhubung tuduhan menikah dengan pelakon, Ria Ricis pada 3 September lalu.

Pengawal peribadi Atta dan isterinya, Aurel Hermansyah mengugut wakil media yang berada di pekarangan premis dengan selamba memberi amaran mahu menculik wartawan jika wajahnya dirakamkan kamera.

“Hei, jangan shoot (rakam) saya. Tolong jangan shoot saya. Sampai saya lihat ada muka saya di TV, saya culik satu-satu,” katanya.

Dua hari kemudian pasukan media Aliansi Jurnalis Video (AJV) melaporkan ancaman itu ke Polres Metro Jakarta Selatan dan kini masih dalam siasatan.

Susulan itu beberapa petugas media yang berada di tempat kejadian dipanggil untuk soal siasat sebelum kes terbabit dibawa ke mahkamah.

Difahamkan pengawal peribadi itu sudah membuat permohonan maaf secara terbuka tetapi peguam kepada wartawan berharap tindakan sebegitu perlu mendapat balasan setimpal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI