fbpx

Blok bangunan SK St Peter, Kudat musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekolah terbakar

KUDAT – Satu blok bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) St Peter musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kudat, Penolong Penguasa Bomba, Ishak Jabas berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.58 pagi sebelum 10 pegawai dan anggota bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi kebakaran dan mendapati kejadian melibatkan sebuah blok bangunan sekolah jenis separuh kekal yang musnah terbakar.

“Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berikutan blok bangunan yang terbakar itu tidak digunakan untuk pembelajaran murid,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI