fbpx

Bapa mentua restu dapat menantu lebih berusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan pasangan pengantin bersama bapa pengantin perempuan (kanan). - TikTok

JAKARTA – Seorang lelaki berusia 59 tahun melangsungkan perkahwinan dengan gadis berumur 26 tahun, sekali gus menjadi perhatian pengguna media sosial, lapor laman berita Tribunnews semalam. 

Meskipun berbeza usia kira-kira 30 tahun, ia tidak menghalang pasangan tersebut untuk mendirikan rumah tangga. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @aji_kua, pasangan pengantin dilihat duduk di hadapan bapa pengantin perempuan semasa acara akad nikah. 

Usia pengantin lelaki juga lebih tua daripada bapa mentuanya yang dikenali sebagai Sumiran. 

“Saya berusia 55 tahun. Menantu saya pula 59 tahun,” kata Sumiran. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 658,400 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen. 

“Menantunya (pengantin lelaki) masih kelihatan muda,” kata seorang netizen. 

“Berbeza usia tak penting, yang penting bahagia,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI