fbpx

Banjir Kedah: Jumlah mangsa terus berkurangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Kampung Padang Luar, Jitra mengasingkan barang yang rosak selepas rumahnya yang ditenggelami banjir surut sejak empat hari lalu. Foto oleh SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Jumlah mangsa di empat daerah terjejas banjir di negeri ini terus berkurangan apabila mencatatkan seramai 4,139 orang daripada 1,315 keluarga sehingga pukul 11.30 pagi ini.

Kesemua mangsa ditempatkan di 29 pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kota Setar, Pendang, Kubang Pasu dan Pokok Sena.

Bilangan itu menurun lagi berbanding seramai 6,448 orang melibatkan 2,064 keluarga pada pukul 3 petang semalam.

Mengikut data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bilangan mangsa di Kota Setar direkodkan seramai 2,699 orang daripada 888 keluarga dan Pendang 1,223 orang daripada 368 keluarga.

Sementara Kubang Pasu pula seramai 153 orang daripada 34 keluarga dan Pokok Sena 64 orang daripada 25 keluarga.

Daripada jumlah mangsa itu, seramai 768 individu adalah warga emas manakala 501 orang merupakan orang kelainan upaya (OKU).

Sementara itu, tiada lagi sungai di negeri ini yang berada pada paras bahaya.

Tiga sungai di Kota Setar yang berada pada paras waspada adalah di dua lokasi Sungai Anak Bukit iaitu di Taman Aman dan Jambatan TAR, serta Sungai Kedah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI