fbpx

Asrama Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Saadah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memeriksa kesan kebakaran di asrama Maahad Tahfiz Nurul Saadah dekat Kuala Perlis, hari ini.

KUALA PERLIS – Tindakan pantas orang awam berjaya mengelakkan asrama perempuan Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Saadah musnah dalam kebakaran di Jalan Kuda Laut, Behor Mali dekat sini hari ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perlis, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 3.32 petang.

“Sejurus mendapat panggilan, sepasukan anggota bomba dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Perlis bergegas ke Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Saadah.

“Sepasukan enam anggota bomba tiba di lokasi kejadian dan mendapati berlaku kebakaran di ruang asrama institusi pendidikan itu tetapi berjaya dipadamkan orang awam. Tiada kemalangan jiwa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI