fbpx

[VIDEO] Alhamdulillah di bibir, Fazura angkut 5 bodyguard, Fattah lalu jalan rahsia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAZURA iba di Mahkamah Rendah Syariah Petaling diiringi lima pengawal peribadi. FOTO SHIDDIQIN ZON

SHAH ALAM -“Alhamdulillah, hari ini saya tenang.”

Demikian ungkapan yang terbutir dari bibir pelakon popular, Nur Fazura ketika tiba di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, di sini pada pukul 9.25 pagi bagi sebutan permohonan cerai terhadap suaminya, Fattah Amin.

Ceria dengan senyuman manis dan diiringi lima pengawal peribadi, Fazura yang muncul mengenakan persalinan serba putih
meminta diri untuk memasuki kamar mahkamah sebelum membuat sebarang ulasan lanjut.

“Selamat pagi semua. Kita masuk dalam dulu.

“Alhamdulillah, hari ini saya tenang,” katanya yang turut ditemani pengurus, Iman Tang serta peguamnya, Fakhrul Azman Abu Hassan.

Nur Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, juga tidak ketinggalan melemparkan senyuman kepada 50 pengamal media yang menunggu di pekarangan mahkamah seawal jam 8 pagi tadi.

Ditanya mengenai keadaan anaknya, pelakon filem Gol & Gincu itu memaklumkan Nur Fatima Aisya baik-baik sahaja.

Sementara itu, Fattah Amin difahamkan sudah tiba lebih awal setengah jam sebelum kedatangan isterinya tetapi terus ke ruang sulh tanpa melalui pintu hadapan mahkamah.

Pelakon filem Pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah itu diwakili peguamnya, Zulkifli Che Yong.

Terdahulu, pada 13 September lalu iaitu sehari sebelum sambutan ulang tahun Fattah, Fazura memfailkan cerai terhadap pelakon itu di mahkamah sama.

Fattah memaklumkan terkejut menerima berita isterinya memfailkan perceraian selain hanya mengetahui perkara itu menerusi media sosial.

Akui Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 30, dia mencintai isterinya dan menegaskan tiada wanita lain di hatinya seperti dihebohkan dalam media sosial.

Dia turut berharap tiada campur tangan pihak ketiga yang boleh mengeruhkan lagi situasi rumah tangga mereka.

Pada masa sama pihak pengurusan Fazura menerusi pengurusnya Iman Tang menafikan dakwaan pelakon terbabit pernah mengeluarkan sebarang kenyataan tentang tindakannya membuat permohonan cerai.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 manakala hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 3. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI