fbpx

Ajal memancing tepi bangunan terbiar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki ditemui lemas selepas disyaki terjatuh ke dalam laut ketika memancing bersebelahan bangunan terbiar di Jalan Ismail Sultan di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima laporan pada pukul 5.41 pagi mengenai kejadian yang menimpa mangsa berusia 26 tahun itu sebelum menghubungi pihak bomba untuk menyelamatkan mangsa.

“Mangsa yang merupakan lelaki warga tempatan itu dilaporkan terjatuh ke laut ketika memancing ikan. Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR),” katanya kepada pemberita hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI