fbpx

Tolong guna logik akal bercinta di alam maya – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramli ketika sidang akhbar di Menara KPJ hari ini. FOTO: MOHD FARIZWAN HASBULLAH/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Polis meminta masyarakat supaya berhati-hati apabila menjalin hubungan cinta secara maya bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa ‘love scam’ hingga mengakibatkan kerugian jutaan ringgit.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf memberi peringatan itu ketika mengulas kes ‘love scam’ membabitkan peguam sehingga kerugian lebih RM1.75 juta selepas berkenalan dengan lelaki Amerika Syarikat melalui WhatsApp.

Katanya, masyarakat perlu cakna dan mengenali tanda-tanda penipuan hingga melibatkan permintaan wang tunai sekali gus tidak mudah mempercayai sesuatu cerita yang tidak konsisten atau profil yang terlalu hebat dipaparkan kenalan mereka.

“Tolong guna logik akal sekiranya pasangan maya dari luar negara minta wang dan apabila buat pemindahan terpampang nama pemilik akaun warga tempatan.

“Kita perlu bersikap skeptikal dengan selalu mempersoalkan niat seseorang, terutamanya jika hubungan baharu dan melibatkan permintaan bantuan kewangan atau maklumat peribadi.

“Selain itu, gunakan sumber yang boleh dipercayai untuk memeriksa kesahihan individu melalui enjin carian atau berhubung dengan pihak berkuasa jika meragui kesahihan hubungan dalam talian,” katanya ketika sidang akhbar di Menara KPJ di sini hari ini.

Ramli menasihatkan mereka yang menjalinkan hubungan dalam talian supaya berbincang dengan rakan atau keluarga untuk mendapatkan pandangan.

“Langkah berjaga-jaga ini perlu diambil sebelum membuat keputusan yang melibatkan komitmen kewangan atau peribadi,” jelasnya.

Pada 10 September lalu, seorang peguam kerugian RM1.75 juta akibat terpedaya dengan love scam atau penipuan cinta setelah berkenalan dengan seorang lelaki warga asing menerusi aplikasi WhatsApp sejak Julai lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata wanita berusia 58 tahun itu membuat laporan polis pada 9 September, apabila menyedari dirinya ditipu.

Difahamkan, suspek mendakwa dirinya bekerja sebagai ahli geologi marin dan kononnya wang tunainya hilang akibat dirompak semasa datang ke Malaysia bagi melaksanakan projek pembinaan tangki dasar laut di pesisir pantai di Terengganu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI