fbpx

‘Saya memang nak bersara tapi arwah adik tak izinkan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hattan membatalkan hasrat untuk bersara dari dunia seni suara atas satu sebab yang sangat munasabah.

PETALING JAYA – Penyanyi Datuk Hattan membatalkan hasrat bersara dari dunia hiburan seperti disuarakan sebelum ini selepas ‘ditegah’ adiknya, Allahyarham Muhammad Hatta Shahabudin.

Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin, 60, berkata, kejadian itu berlaku pada malam sebelum adiknya itu disahkan meninggal dunia sekitar April lalu.

“Saya memang nak bersara tetapi malam sebelum arwah adik meninggal dunia dia macam beri pesanan terakhir kepada saya.

“Kemudian dia kata: Saya dengar awak nak bersara. Kenapa perlu bersara? Allah dah berikan suara dan bakat kepada kamu.

“Dia tak pernah ‘sound’ saya begitu tetapi malam itu dia sangat serius dan dia memang larang saya bersara,” katanya kepada HibGlam selepas sidang media Konsert Amal Night of Love & Compassion di sini, hari ini.

Tambah pelantun lagu Kepadamu Kekasih itu, dia juga kini menjaga dan membiayai pendidikan anak arwah adiknya iaitu Mikael Hatta yang bakal melanjutkan pelajaran ke Jerman.

“Kini, saya tak jadi bersara dan akan teruskan karier sebagai penyanyi seperti biasa. Sekurang-kurangnya, saya boleh bantu biaya pendidikan anak dia.

“Alhamdulillah, dia (Hatta) anak yang bijak dan akan lanjutkan pelajaran ke Jerman tak lama lagi selepas meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) tempoh hari.

“Anak arwah juga kini berada di bawah tanggungjawab saya,” ujarnya.

Terdahulu, Hattan pada Januari lalu mengumumkan mahu menoktahkan karier nyanyian.

Alasannya adalah kerana ingin berehat selepas tiga dekad mengabadikan diri sebagai anak seni. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI