fbpx

[VIDEO] Saya angkat dia dah terkulai – Ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Amirul Hazlin (gambar kecil kanan) dan Nur Afiqah Sofea (gambar kecil kiri) disahkan meninggal dunia selepas merempuh roro yang ditinggalkan di laluan kecemasan.

MELAKA – ‘Saya nampak sendiri kedua-dua anak saya terpelanting selepas merempuh roro yang ditinggalkan di laluan kecemasan, saya angkat anak yang bongsu tapi dia sudah terkulai,” kata Norizan Ujak, 40.

Dalam nahas kira-kira pukul 6.15 petang semalam itu, kedua-dua anaknya, Muhammad Amirul Hazlin, 18, dan Nur Afiqah Sofea, 5, disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di zon merah Hospital Melaka.

Mangsa mengalami kecederaan parah selepas motosikal yang mereka tunggang merempuh kontena sampah pukal roro di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) dekat Stadium Hang Jebat.

Menurut Norizan, ketika kejadian dia dan anaknya itu menunggang motosikal berasingan untuk menziarahi kubur arwah suaminya, Hazlin Hassan, yang meninggal dunia 10 bulan lalu di Tanah Perkuburan Islam Bertam Hulu.

“Mereka di depan, manakala saya berada di belakang. Mata saya nampak Along (Muhammad Amirul) rempuh roro, memang tak sempat nak elak, di lorong kanannya pula ada sebuah lori.

“Saya nampak dia terpelanting, saya hanya mampu menjerit ‘Ya Allah anak aku’. Saya angkat anak yang bongsu tapi dia dah terkulai, tangan dan kakinya patah,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Jabatan Kecemasan Hospital Melaka, malam tadi.

Ujarnya, dia merayu agar pihak bertanggungjawab dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak kontraktor terlibat yang didakwa meninggalkan roro terbabit di lorong kecemasan bagi kerja-kerja pemotongan pokok.

“Saya minta ambil lah tindakan, sebelum orang lain pula terkena. Selesai kerja angkat terus roro, jangan biarkan di tepi jalan kerana ketika kejadian tiada seorang pun pekerja kontraktor berada di situ bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

“Disebabkan kecuaian mereka, saya hilang dua anak serentak. Lepas ziarah kubur kami rancang untuk makan malam di kedai kerana Along baru baik demam tapi tak sangka pula berakhir begini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI