fbpx

PRK Mahkota: Polis terima 2 laporan dakwaan sogok undi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMAR (kiri) meninjau proses mengundi awal di Sekolah Kebangsaan Sultan Sir Ibrahim, Kluang hari ini.

KLUANG – Polis Johor menerima dua laporan berkaitan dakwaan dakwaan sogokan untuk menarik undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Udangan Negeri (DUN) Mahkota.

Ketua Polis negeri, Datuk M. Kumar berkata, laporan itu diterima sepanjang tempoh berkempen dari 14 September lalu sehingga semalam.

Menurutnya, siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 4(A) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Siasatan kes ini masih lagi berjalan memandangkan kita juga perlu mendapatkan maklum balas daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas meninjau proses pengundian awal dalam kalangan anggota polis di Dewan Pengaman Zamrud Taman Perumahan Polis, IPD Kluang hari ini.

Dalam pada itu, Kumar berkata, polis turut menerima sebanyak 96 permohonan permit untuk kempen PRK DUN Mahkota iaitu masing-masing 27 permit untuk mengadakan ceramah, siar raya (42) dan walkabout (27) dengan kesemuanya diberikan kelulusan.

Mengulas lanjut beliau berkata, bagi proses pengundian awal hari ini, seramai 810 pegawai dan anggota telah ditugaskan bagi memastikan kelancaran proses tersebut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI