fbpx

PRK Mahkota: 35.47 peratus keluar mengundi sehingga pukul 10 pagi. 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG anggota tentera yang bertongkat tetap menunaikan tanggungjawap sebagai pengundi sempena Hari Pengundian Awal bagi PRK Dun Mahkota di Dewan Mahkota, Kem Mahkota Kluang hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI
KLUANG – Sejumlah 35.47 peratus pegawai serta anggota tentera dan polis sudah selesai menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai  pengundi awal di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Udangan Negeri (DUN) Mahkota sehingga pukul 10 pagi hari ini.
Jumlah itu adalah sebahagian daripada 4,922 pengundi yang diletakkan sebagai pengundi awal untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.
Tiga pusat undi awal dibuka tepat pukul 8 pagi tadi ialah Dewan Pengaman Zamrud, Taman Perumahan Polis Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Kluang membabitkan 401 pengundi; Dewan Mahkota, Kem Mahkota (3,865 pengundi) dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sir Ibrahim (645 pengundi).
Tiga pusat mengundi awal membabitkan 11 saluran mengundi akan dibuka seawal pukul 8 pagi dan dijangka ditutup kira-kira pukul 5 petang.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI