fbpx

PGSM tawar khidmat bantu anak-anak mangsa GISBH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Musa (gambar kecil) memaklumkan PGSM sedia menawarkan khidmat nasihat serta bantuan guaman kepada wanita serta anak-anak mangsa GISBH. - GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) berhasrat untuk sama-sama terlibat dalam usaha memberi bantuan dan pemulihan kepada wanita dan kanak-kanak yang menjadi mangsa GISBH Hodlinngs Sdn Bhd (GISBH), yang dipercayai terpesong apabila mengikuti ajaran Tarekat Aurad Muhammadiyah.

Menurut presiden PGSM, Musa Awang, pihak mereka telah mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hassan pada 24 September lalu.

PGSM telah menawarkan diri untuk bekerjasama dalam usaha membantu proses bantuan dan pemulihan, terutamanya kepada isteri serta anak-anak yang menjadi mangsa GISBH.

“Semua pihak pada masa ini wajar menghentikan dan menamatan salah menyalah serta menuding jari sesama sendiri, sebaliknya menumpukan kepada usaha bantuan dan pemulihan kepada mangsa-mangsa khususnya kepada wanita dan kanak-kanak yang menjadi mangsa GISBH.

“Bentuk bantuan dan kerjasama daripada PGSM ialah dalam memberikan nasihat guaman syariah, membawa permohonan ke Mahkamah Syariah berhubung pengesahan status nikah, pengesahan status nasab anak-anak, hak penjagaan anak-anak oleh kaum kerabat (datuk, nenek, saudara mara kepada anak-anak), dan sebagainya, kepada wanita-wanita atau anak-anak yang menjadi mangsa GISBH,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, PGSM juga berharap pihak kerajaan, agensi-agensi yang berkaitan serta Majlis Agama Islam Negeri-negeri turut memberi sokongan kepada usaha murni mereka untuk tujuan bantuan dan pemulihan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI