fbpx

Perlawanan bola sepak ditangguh, padang ‘ditelan’ lubang benam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lubang benam yang dicetuskan oleh banjir menyebabkan perlawanan bola sepak terpaksa ditangguhkan. - PA

LONDON – Perlawanan bola sepak Piala Carabao antara pasukan Newcastle United dan AFC Wimbledon terpaksa ditangguhkan akibat banjir semalaman, sehingga mencetuskan lubang benam di sebuah padang di London, lapor akhbar Metro UK. 

Lubang benam itu terbentuk sekitar pagi semalam di Stadium Cherry Red Records di Wimbledon.

Rakaman yang dimuat naik di media sosial memaparkan banjir besar di sekitar stadium tersebut dan menghalang pintu masuk.

Satu lagi rakaman menunjukkan kerosakan besar pada padang Plough Lane, dengan beberapa lubang benam menyerupai ‘padang golf mini’. 

“Dukacita kami ingin memaklumkan bahawa banjir besar semalaman di River Wandle dan kawasan sekitar termasuk Stadium Cherry Red Records, menyebabkan perlawanan pusingan ketiga Piala Carabao terpaksa ditangguhkan. 

“Stadium juga ditutup sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak,” kata pasukan AFC Wimbledon. 

Pasukan Newcastle mengesahkan bahawa perlawanan diatur semula di Stadium St James’ Park menjelang 1 Oktober ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI