fbpx

Perbicaraan kes rasuah bekas menteri Singapura bermula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Iswaran tiba di Mahkamah Agung di Singapura hari ini. - AFP

SINGAPURA – Perbicaraan kes rasuah seorang bekas menteri Singapura bermula hari ini, yang merupakan pertama kali membabitkan pemegang jawatan politik dalam tempoh lebih empat dekad di negara dengan kes rasuah yang jarang didengari itu.

Bekas menteri pengangkutan S. Iswaran, yang terkenal kerana membantu membawa masuk Formula 1 ke hab kewangan, meletak jawatan pada Januari lalu.

Ia berlaku selepas dia dikenakan berpuluh-puluh pertuduhan termasuk menerima hadiah bernilai ratusan ribu dolar.

Iswaran tiba di Mahkamah Agung pada pagi ini dengan menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna putih.

Dia enggan menjawab soalan dan hanya mengucapkan ‘selamat pagi’ kepada pemberita yang berkumpul di luar mahkamah sebelum prosiding bermula sekitar pukul 10 pagi (waktu tempatan). 

Bekas menteri itu menghadapi perbicaraan yang dianggap oleh pemerhati sebagai salah satu yang paling penting dari segi politik dalam sejarah Singapura.

Ia juga berisiko merosakkan reputasi Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah sebelum pilihan raya umum dijangka diadakan menjelang November tahun depan.

Iswaran meletak jawatan daripada parti itu selepas diberi notis rasmi mengenai pertuduhan terhadapnya, namun mengaku tidak bersalah terhadap kesemua salah laku.

Sebahagian besar daripada 35 pertuduhan terhadap lelaki berusia 62 tahun itu adalah berkaitan rasuah.

Ia termasuk satu dakwaan melibatkan kontrak kerajaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun. 

Iswaran menolak semua pertuduhan dan mendakwa bahawa dia tidak bersalah dalam surat peletakan jawatannya. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI