fbpx

Penumpang cemas ular melingkar dalam kereta api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan ular itu ‘berpaut’ pada palang besi sambil melihat pemandangan. - NDTV

NEW DELHI – Beberapa penumpang berdepan detik cemas apabila menemui seekor ular melingkar di dalam gerabak sebuah kereta api di India, lapor stesen penyiaran NDTV semalam. 

Rakaman yang tersebar luas di media sosial memaparkan reptilia itu membelit badannya pada palang besi. 

Kejadian berlaku di dalam kereta api penumpang Garib Rath Express yang menuju ke bandar Mumbai dari Jabalpur. 

Orang ramai mula panik selepas seorang penumpang memaklumkan bahawa dia melihat ular itu di koc bernombor G17. 

Menurut beberapa laporan, ular itu kemudian berjaya ditangkap dan dibawa keluar dari kereta api tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI