fbpx

PayNet, ALR galak guna MyDebit di 4 lebuh raya bantu B40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sazaly (kiri), dan Pengarah Kanan Bahagian Komersil PayNet, Azrul Fakhzan Mainor (tengah), pada Majlis Pelancaran Inisiatif Sentuhan Ikhlas, di Plaza Tol Puchong Selatan, hari ini.- Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON / KOSMO!

PUCHONG – Amanat Lebuhraya Rakyat (ALR) dengan kerjasama Payments Network Malaysia (PayNet) melancarkan kempen ‘Sentuhan Ikhlas’ bagi meringankan beban golongan yang memerlukan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ALR, Sazally Saidi, berkata, ia merupakan program tanggungjawab sosial korporat kedua-dua pihak menerusi transaksi di 152 lorong tol MyDebit di empat lebuh raya terpilih.

“Ia melibatkan Lebuhraya Kumpulan ALR Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP), Lebuh Raya SMART dan Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT).

“Kempen berkenaan menyumbang kepada kebaikan secara kolektif melalui transaksi tol harian,” katanya ketika berucap di Majlis Pelancaran Inisiatif ‘Sentuhan Ikhlas’ Plaza Tol Puchong Selatan, di sini hari ini.

Kempen ini menurutnya, menyasarkan sumbangan sebanyak RM500,000 kepada Yayasan MyKasih setelah mencapai 5 juta transaksi MyDebit dalam tempoh dua bulan.

“Sumbangan RM500,000 ini akan membantu 1,000 keluarga berpendapatan rendah B40 di Malaysia untuk membeli makanan dan keperluan isi rumah melalui penggunaan MyKad mereka.

“Setiap kali pengguna membuat transaksi, PayNet akan menyumbang dana kepada Yayasan MyKasih,” ujarnya.

Sazally berkata, dana akan diagihkan secara berperingkat, mengikut jumlah tertentu pencapaian transaksi MyDebit.

“RM100,000 diagihkan selepas 1 juta transaksi dicapai. RM150,000 pada 2.5 juta transaksi dan RM250,000 apabila mencapai 5 juta transaksi.

“Penukaran cara pembayaran kepada MyDebit sangat mudah tambahan pemandu dilindungi dengan penyulitan data peringkat bank dengan sistem pengesanan penipuan,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI