fbpx

NGO cadang Melaka tarik balik gelaran Datuk Pengerusi GISBH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PKABM mencadangkan agar pihak Istana Melaka menarik balik gelaran Datuk dianugerahkan kepada Nasiruddin pada Ogos lalu.

MELAKA – Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mencadangkan agar Istana Melaka menarik balik Pingat Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang diberikan kepada Pengerusi GISB Holdings (GISBH), Datuk Nasiruddin Mohd. Ali pada 25 Ogos lalu.

Pengerusi Pertubuhan Kepimpinan Anak Bangsa Melaka (PKABM) Wan Ahmad Afiq Noordin berkata, tindakan itu wajar dilakukan memandangkan telah terdapat negeri yang mewartakan ajaran diamalkan oleh GISBH mengandungi unsur sesat.

Katanya, individu terbabit juga kini sedang dalam siasatan pihak berkuasa membabitkan jenayah serius termasuk isu di bawah Seksyen 32(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2022.

“Walaupun Nasiruddin belum didapati bersalah oleh mahkamah, dakwaan tersebut memberi impak negatif kepada persepsi masyarakat terhadap penganugerahan pingat kebesaran negeri.

“Siasatan ini dilihat telah mencemarkan nama baik negeri Melaka kerana menonjolkan seorang individu yang kini terlibat dalam kontroversi besar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan memorandum cadangan penarikan balik pingat itu kepada wakil Pejabat Yang di-Pertua Negeri di Seri Negeri di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad Afiq berkata, pihaknya turut melancarkan petisyen rakyat sejak Ahad lalu di laman web change.org bagi tindakan penarikan balik darjah kebesaran itu dan sehingga kini sebanyak 1,000 tandatangan berjaya dikumpul.

“Setakat ini, kita telah telah mengumpul hampir 1,000 tandatangan petisyen ini yang jelas mencerminkan keresahan dan kebimbangan mereka terhadap isu ini.

“Kami memohon pihak Istana Melaka mempertimbangkan penarikan semula pingat ini untuk memastikan Melaka terus dikenali sebagai negeri yang menyanjung tinggi integriti dan moraliti,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI